BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 March 2011

KASIH LISA

"Aduh...apa ni??"rungut Faizal apabila melihat habis barangnya bersepah.
"Sapa punya keja ni....nak mati tul la....Aku tengah bengang ni...Ni mesti keja si kenit tu...."Faizal terus merungut sambil mengatur langkah mencari adiknya.
"Hoi budak!!!Apa yang hang buat kat bilik aku hah???"marah Faizal tatkala berdepan dengan adiknya.
"Adik tak....Adik tak buat pon..."adiknya tergagap-gagap menjawab.

Lisa memberhentikan keretanya di hadapan rumah Faizal.Lisa hendak berjumpa dengan Faizal.Ada perkara yang perlu dibincangkan dengan Faizal.
"Eh...Apa yang bising-bising kat dalam tu???"Lisa terkejut mendengar suara bising dari dalam rumah Faizal.
"Tu bukan suara Faizal ke??Apa yang berlaku ni??"hati Lisa berbisik sambil kakinya berlari menuju ke arah rumah Faizal.
"Faizal!!!Berhenti!!!"Lisa menjerit kepada Faizal apabila ternampak Faizal mengangkat tangannya untuk memukul adiknya.Faizal kelihatan terkejut dengan kehadiran Lisa.
"Apa yang awak cuba lakukan pada Danial???"Lisa menyoal Faizal sambil memeluk erat Danial.Danial teresak-esak dalam pelukan Lisa kerana takutkan abangnya itu.
"Apa yang awak buat kat rumah saya??Saya tak ada apa-apa hal dengan awak...."Faizal berbicara separuh melenting.
"Kenapa dengan awak ni Faizal???Lisa datang untuk menjernihkan keadaan yang keruh....Kenapa Faizal marahkan Lisa??"soal Lisa tidak mengerti maksud Faizal.
"Arghh.....Lantak hang la...Aku dah tak peduli lagi pasal hubungan kita.....Hang tak setia dengan aku..... belakang aku hang jumpa denganjantan lain...dengan kawan baik aku pula tu..."Faizal merengus sinis.
"Faizal!!!!Apa yang awak cuba katakan ni????Saya tak faham..."Lisa seperti meminta penjelasan.
"Sudah la Lisa....Jangan buat bodoh la...."Faizal berbicara dengan sinis.
"Mulai hari ni kita putus!!"Faizal memberi kata putus kepada Lisa.Lisa tergamam mendengar kata-kata Faizal.Kelu lidahnya untuk berbicara lantas dia berlari keluar mendapatkan keretanya sambil menangis teresak-esak.
"Lisa....Are you okey???"Amsyar,teman baik Faizal menyoal lembut.
"Am....Apa dah jadi ni???Faizal putuskan hubungan dengan aku di saat-saat aku perlukan dia...Dia curiga dengan kita.."Lisa mula teresak-esak.
Amsyar simpati dengan Lisa.Dia cuba menenangkan Lisa, "Sudah la Lisa...Nanti aku jumpa dia jelaskan hal yang sebenar.."

Saban hari Lisa berendam dengan air mata. Lisa sering berdoa supaya Faizal memaafkan dirinya.Adik Lisa simpati dengan keadaan Lisa cuba memujuknya supaya tidak lagi menangis.
"Kakak....sudah la....Jangan la menangis lagi.."adiknya cuba untuk memujuk.
"Adik....Kakak nak minta tolong boleh tak???"Lisa bersuara lembut dengan adiknya.
Lisa meneruskan bicaranya setelah melihat anggukan adiknya, "Kalau terjadi apa-apa pada kakak....Boleh adik cakap dekat abang Faizal yang kakak sangat sayangkan dia.."
"Kakak....jangan la cakap macam tu..."adiknya menegah bernada sedih.
"Janji dengan kakak adik...janji dengan kakak..."Lisa menyebut berulang kali tatkala adiknyya menggelengkan kepala.
"Tolong la adik.....janji dengan kakak.."Lisa kembali teresak-esak.Simpati mula mengisi ruang hati adiknya lantas dia menganggukkan kepalanya.Dia memeluk Lisa seeratnya.

"Apa punya jenis tunang kau ni???Tak da hati perut!!!"Amsyar menengking Faizal kerana sifat ego Faizal itu.
"Kau apa hal???Nak marah-marah aku..."Faizal tidak mahu mengalah.
"Sanggup kau buat macam tu kat Lisa???Tunang jenis apa kau ni???"Amsyar terus menengking Faizal.
"Kenapa???Apa yang kau tak puas hati Am????Kalau kau sukakan Lisa...Kau boleh ambik...Aku tak mahu ada apa-apa hubungan dah dengan dia...."sinis sekali Faizal membalas.
"Kurang ajar kau Faizal....kau ingat Lisa tu jenis perempuan yang macam mana????Dia tak pernah luntur sedikitpun rasa sayang dia kat kau..."Amsyar terasa bahang di mukanya.Mahu saja dia menghantarkan tumbukan di muka Faizal tetapi dasar persahabatan menghalangnya.
"Argh...Aku dah tak percaya semua tu.....Kalau dia sanggup jumpa hang belakang aku....setia ka????hang pon sama je.....Hang dah khinati persahabatan kita..."Faizal menjerit marah.
"Zal...Kau dah silap.....Kami cuma kawan je....Ada sebab dia jumpa aku...."Amsyar merendahkan suaranya menjadi sayu.
"Apa sebabnya???Kenapa dia mesti jumpa hang???Aku kan tunang dia???Apa-apa hal dia kena jumpa aku.."Faizal tidak mempercayai kata-kata Amsyar.
"Sebab hanya aku yang tahu tentang rahsia ni...Lisa tak sanggup tengok kau sedih Zal.....sebab tu dia cuma cakap dengan aku..."Amsyar mematikan kata-kata.
"Rahsia apa yang kau maksudkan Am??"Faizal kembali tenang.
"Sebenarnya.....Lisa menghidapi penyakit barah otak tahap kretikal....Doktor menjangka hayatnya sangat singkat..."Amsyar dengan nada sayu menjelaskan hal sebenar kepada Faizal.Faizal terduduk tatkala mendengar bicara Amsyar.Tiba-tiba telefon bimbit Amsyar berdering.
"Ya...Saya kawannya....Apa??Baiklah saya pergi sekarang.."Amsyar memegang Faizal selepas menamatkan panggilan telafonnya.
"Zal....Jom ikut aku....Lisa dah tenat sekarang....Dia ada di hospital..."Amsyar memberitahu Faizal.
Hanya Allah yang tahu perasaan Faizal waktu itu.Air mata Faizal gugur juga akhirnya memusnahkan rantai egonya.

"Faizal....Lisa minta maaf banyak-banyak.."Lisa berbicara sedaya yang boleh.
"Syhh....Lisa jangan banyak cakap....Lisa sakit...Kena berehat...Lisa tak salah....Faizal yang salah....Faizal yang kena minta maaf...."Faizal menahan Lisa dari terus berbicara.
"Faizal.....Lisa....dah tak mampu nak bertahan lagi.....maafkan Lisa.."Lisa terus berbicara bernada sedih.
"Lisa....Jangan cakap macam tu sayang....Lisa akan sembuh....mesti....demi Faizal...."Faizal bersuara serak. Lisa hanya tersenyum mendengar kata-kata Faizal sambil menggelengkan kepalanya.
"Lisa sayang Faizal selamanya.....Allah..."Lisa menghempuskan nafas terakhirnya.
Air mata Faizal gugur dengan lajunya.

"Faizal....Lisa sayang Faizal sangat...Faizal sayang Lisa tak???"Lisa bersuara lembut ketika mereka berjumpa dengan ditemani oleh adik masing-masing.
"Faizal pon sayang Lisa sangat...Bulan depan kita kahwin...Mesti meriah kan??"Faizal menyatakan kegembiraannya.Lisa hanya tersenyum.
"Faizal.....Kalau Faizal sayang Lisa....Faizal kena janji dengan Lisa...."Lisa berbicara separuh jalan.
"Janji apa Lisa???"Faizal menyoal.
"Faizal kena janji yang Faizal tak boleh sedih kalau Lisa mati nanti.....Janji??"Lisa berbicara sayu.
"Lisa...Kenapa cakap macam tu???Kalau Lisa mati...Faizal nak kahwin dengan siapa??"Faizal cuba untuk berseloro.
"Faizal....Janji la dulu.."Lisa meminta janji.
"Okey....Faizal janji....Faizal takkan sedih..."Faizal memberi janjinya.
"Terima kasih...."Lisa menundukkan kepalanya.
Faizal mengalirkan air matanya apabila terkenang kembali kenangannya bersama Lisa.Faizal menyeka air matanya.
"Faizal janji takkan sedih Lisa...Maafkan Faizal sebab mencurigai kesetiaan Lisa...Faizal doakan Lisa selamat di sana..."Faizal berbicara sendirian.
"Faizal cintakan Lisa selamanya.."Faizal melafazkan cinta untuk tunangnya yang sudah tiada lagi di dunia.

0 comments: