BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 25 September 2011

My BesZz FriEnDs (FaRaBI 09/10)






Wah Rindu giler kay korang!!! Nie la budak2 kelas aku time kat sekolah dulu...Form 4 & 5.....Rindu giler!!! Amacam??? Hensem ark barisan kat depan tu???? Hahaha....Sikit ja budak lelaki kelas aku....10 orang ja.... Budak perempuan bersusun kat belakang tu.....Mai aku kenalkan barisan hadapan nie......dari kiri tu Afiq Hazwan, Aizat, Aiman, Muhd Aliff, yang kat tengah tu Muhamad Luqman Hakim, yang tengah duduk tu Fareed Fahimi merangkap Ketua Umum Sekolah, entah betul tak ejaan nama dia??Mati aku kalau salah..... seterusnya Muhd Syahiran, Afiq Safwan, Farhan anak Kaunselor Sekolah and Adib merangkap Ketua Kelas Kitorang.....Budak perempuan aku just sebut je la nama sorang....Shahirah, Hidayah Jamil, Hidayah Rosli, Hidayatul Husna, Husna, Arifah, Syukrina, Syamimi, Amirah Najihah, Liyana Tasneem, Nurul Amalina, Nur Amalina, Hanani, Huda Mawaddah, Fatin Hanani, Izzah, Ummi Nazirah, Ilina Syazwani, Aqilah, Farah Farhani, Awatif, Syawani, Anis Quraisya, Effa Asmida, and Safinatunnajah merangkap penolong Ketua Kelas kitorang.....Tu je kot...Tak tau la kalau tertinggal sorang ka....hehehehe....Maklumlah mata dah rabun.... Fikiran pon dah tak berapa nak ingat....Hahahaha....Cakap macam la dah tua......Hai muda-muda lagi dah pelupa.....Apa la nak jadi nie????Hehehehe......Beszz sangat dapat kawan macam diorang semua....Always ambil berat antara satu sama lain.....Sentiasa ja jaga kawan-kawan sendiri......Beszz sangat bila teringat time sekolah dulu......Rindu giler kat Korang semua....Tah bila la aku boleh jumpa dengan korang semua....huhuhu...

Monday 19 September 2011

KENANGAN DI SMKAB





Ni la Sekolah aku dulu..Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling...Amacam???CAntik ark bangunan sekolah aku???Mestilah cantik kan...Dah sekolah aku....hehehe
Terasa rindu pulak aku dekat sekolah ni...Dah dekat setahun aku tinggalkan sekolah ni....Rindu giler kat cikgu-cikgu...kawan-kawan dah semestinya rindu sangat...tambah-tambah lagi dah pakat berselerak rata dah....ada yang sampai aku tak tau depa da kat mna sekarang ni....dah lama aku tak jumpa depa semua... yang aku dok jumpa pon mestila yang satu U dengan aku...tu pun dua orang je depa...Laki pulak tu....
Macam mana la keadaan kawan-kawan aku sekarang ni???Macam mana la keadaan cikgu-cikgu aku sekarang ni???Sihat ke diorang??Harap-harap semua sihat la....
Aku dok fikir nak pegi melawat sekolah cuti raya hari tu tapi tak sempat la pulak...Tengok la nanti balik cuti sem bulan 10 ni pulak....Kalau sempat aku boleh la melawat sekolah aku...Rindu giler kat sekolah.....habis teringat balik memori-memori waktu katsekolah dulu...macam-macam memori ada...pahit,manis,duka, lara.. semua ada...tapi semua tu la yang buat aku rindu kat sekolah dengan kengkawan aku....Rasa macam nak putar balik waktu untuk balik pi masa kenangan manis aku dengan kengkawan dengan cikgu-cikgu....Sweet giler waktu tu....HAi bila la boleh jumpa dengan semua ni????Kawan-kawan...Hampa tak mau wat reunion ka???Rindu giler kat hampa semua.....MISS U ALL......

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."