BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 18 February 2012

ASsalaMualaikuM!!!!!!!

aku sebenarnya tak tau nak tulis apa....lama dah aku tak update.....aku tak tau apa patut aku tulis,.....sekarang ni aku happy ja dekat U.....macam aktiviti ada....Besz oOOoo!!!!!!Entahlah.....walaupun hati dan fikiran ni akan fikirkan juga orang yang jauh di mata tu tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu memikirkan dia......hahaha......harap-harap aku berjaya la.....takkan la aku nak tunggu dia saja kot.....sampai bila-bila pon aku tak kahwin la kalau nak tunggu dia ja.....hehehe....gatal noh.....awai lagi kot nak pikiaq pasal kahwin ni...... belajaq pon tak habis lagi ada hati nak kahwin.....belajaq habis-habis dulu.....sabaq-sabaq la noh......huhuhuhu.....sebagai manusia aku sayang kamu........sesungguhnya mati itu pasti..........hidup itu insyaAllah.....jangan takut jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah pasti bersama kita..........=)
 Saranghae (I <3 U)

Thursday 1 December 2011

EnTAhLah!!

Aku sendiri tak faham kenapa susah sangat hati aku nak lupakan dia. Adakah sebab memang aku sendiri yang tak mau lupakan dia??Adakan itu sebabnya?? Entahlah aku pon tak tau...Jiwaku terasa begitu tertekan sekali... Aku cuba sedaya upaya untuk melupakan dia tapi dia tetap hadir dalam kepala aku...Dia sentiasa muncul dalam kepala aku...Kenapa mesti dia???Aku tidak mahu hanyut dalam alam percintaan yang palsu...Alam percintaan yang tidak kekal....Cinta abadi adalah cinta Allah tapi kenapa begitu sukar untuk aku memilikinya???Aku akan cuba juga untuk melupakannya...Mencintai tidak semestinya memiliki tapi mencintai juga bermakna kita perlu melepaskannya pergi....Maafkan segala kesilapanku....Terima kasih untuk segalanya....^-^ (I <3 U)

Tuesday 1 November 2011

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH S.W.T

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat nanti.

  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang membesar dalam keadaan sentiasa taat kepada Allah
  3. Orang yang selalu ke masjid
  4. Orang yang berkenalan kerana Allah
  5. Orang yang menolak zina kerana takutkan Allah
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi
  7. Orang yang bersendirian mengingati Allah hingga berlinangan air matanya"

Monday 17 October 2011

TERIMALAH HAKIKAT

Macam mana pedih sekalipun aku harus terima hakikat yang dia bukan lagi untukku...Meskipun begitu aku masih tak mampu untuk melupakannya....aku juga tak mampu untuk menerima orang lain dalam hidupku....Aku sudah tak sanggup lagi untuk mencurangi cintaku lagi...Cinta manusia akan hilang juga akhirnya apabila manusia itu telah mati namun ingatlah bahwa cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi....Cinta yang ku dambakan adalah cinta Allah yang mampu memberiku kebahagiaan....Silap aku juga kerana salah memilih cinta...Aku rasa aku mampu untuk hadapi kekalahan dalam cinta namun ternyata aku tidak mampu untuk menghadapinya....Tapi aku yakin semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri....Aku yakin akan hal itu....Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya akan sesuatu yang melebihi kemampuan hambanya itu....Sesungguhnya Allah maha adil lagi saksama.....Allah maha pemurah lagi maha penyayang....Cinta Allah adalah cinta abadi...Ku dambakan cinta sufi dalam hidup ini.....Ku dambakan cinta Illahi....
SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI....HIDUP ITU INSYAALLAH....
SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG PADAMU.......

Sunday 25 September 2011

My BesZz FriEnDs (FaRaBI 09/10)






Wah Rindu giler kay korang!!! Nie la budak2 kelas aku time kat sekolah dulu...Form 4 & 5.....Rindu giler!!! Amacam??? Hensem ark barisan kat depan tu???? Hahaha....Sikit ja budak lelaki kelas aku....10 orang ja.... Budak perempuan bersusun kat belakang tu.....Mai aku kenalkan barisan hadapan nie......dari kiri tu Afiq Hazwan, Aizat, Aiman, Muhd Aliff, yang kat tengah tu Muhamad Luqman Hakim, yang tengah duduk tu Fareed Fahimi merangkap Ketua Umum Sekolah, entah betul tak ejaan nama dia??Mati aku kalau salah..... seterusnya Muhd Syahiran, Afiq Safwan, Farhan anak Kaunselor Sekolah and Adib merangkap Ketua Kelas Kitorang.....Budak perempuan aku just sebut je la nama sorang....Shahirah, Hidayah Jamil, Hidayah Rosli, Hidayatul Husna, Husna, Arifah, Syukrina, Syamimi, Amirah Najihah, Liyana Tasneem, Nurul Amalina, Nur Amalina, Hanani, Huda Mawaddah, Fatin Hanani, Izzah, Ummi Nazirah, Ilina Syazwani, Aqilah, Farah Farhani, Awatif, Syawani, Anis Quraisya, Effa Asmida, and Safinatunnajah merangkap penolong Ketua Kelas kitorang.....Tu je kot...Tak tau la kalau tertinggal sorang ka....hehehehe....Maklumlah mata dah rabun.... Fikiran pon dah tak berapa nak ingat....Hahahaha....Cakap macam la dah tua......Hai muda-muda lagi dah pelupa.....Apa la nak jadi nie????Hehehehe......Beszz sangat dapat kawan macam diorang semua....Always ambil berat antara satu sama lain.....Sentiasa ja jaga kawan-kawan sendiri......Beszz sangat bila teringat time sekolah dulu......Rindu giler kat Korang semua....Tah bila la aku boleh jumpa dengan korang semua....huhuhu...

Monday 19 September 2011

KENANGAN DI SMKAB





Ni la Sekolah aku dulu..Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling...Amacam???CAntik ark bangunan sekolah aku???Mestilah cantik kan...Dah sekolah aku....hehehe
Terasa rindu pulak aku dekat sekolah ni...Dah dekat setahun aku tinggalkan sekolah ni....Rindu giler kat cikgu-cikgu...kawan-kawan dah semestinya rindu sangat...tambah-tambah lagi dah pakat berselerak rata dah....ada yang sampai aku tak tau depa da kat mna sekarang ni....dah lama aku tak jumpa depa semua... yang aku dok jumpa pon mestila yang satu U dengan aku...tu pun dua orang je depa...Laki pulak tu....
Macam mana la keadaan kawan-kawan aku sekarang ni???Macam mana la keadaan cikgu-cikgu aku sekarang ni???Sihat ke diorang??Harap-harap semua sihat la....
Aku dok fikir nak pegi melawat sekolah cuti raya hari tu tapi tak sempat la pulak...Tengok la nanti balik cuti sem bulan 10 ni pulak....Kalau sempat aku boleh la melawat sekolah aku...Rindu giler kat sekolah.....habis teringat balik memori-memori waktu katsekolah dulu...macam-macam memori ada...pahit,manis,duka, lara.. semua ada...tapi semua tu la yang buat aku rindu kat sekolah dengan kengkawan aku....Rasa macam nak putar balik waktu untuk balik pi masa kenangan manis aku dengan kengkawan dengan cikgu-cikgu....Sweet giler waktu tu....HAi bila la boleh jumpa dengan semua ni????Kawan-kawan...Hampa tak mau wat reunion ka???Rindu giler kat hampa semua.....MISS U ALL......

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."